web widgets

Minggu, 11 Agustus 2013

PENYAKIT ANEMIA


Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa Greek (Ἀναιμία) yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia; oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.
Tiga kelas anemia yang utama termasuk:
  1. kehilangan darah akut (mendadak) yang berketerlaluan (genting seperti dalam kes pendarahan akibat kecelakaan, atau kronik (melalui kehilangan darah isi padu rendah dalam jangka masa lama);
  2. pemusnahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis); dan
  3. pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan).
Bagi wanita-wanita yang datang haid, kekurangan ferum dalam diet merupakan satu sebab yang umum untuk kekurangan pengeluaran sel darah merah.
Anemia merupakan gangguan darah yang paling biasa. Terdapat berbagai-bagai sebab yang mendasari anemia. Anemia boleh digolongkan melalui berbagai-bagai cara, berdasarkan morfologi atau bentuk sel darah merah, mekanisme etiologi, dan simptom klinikal yang boleh dikesan, antara lain.
Adanya dua pendekatan utama untuk mengelaskan anemia, iaitu pendekatan "kinetik" yang melibatkan penilaian pengeluaran, pemusnahan, dan kehilangan sel darah merah, [1] serta pendekatan "morfologi" yang mengelaskan anemia mengikut saiz sel darah merah. Pendekatan morfologi mempergunakan satu ujian makmal yang murah dan mudah didapati (min isi padu korpuskel, MCV) sebagai titik permulaannya. Sebaliknya, menumpukan perhatian pada persoalan pengeluaran pada peringkat awal membenarkan seseorang doktor untuk mendedahkan kes-kes anemia yang diakibatkan oleh berbilang sebab dengan lebih cepat.

Simptom dan tanda

Anemia sukar dikesan bagi kebanyakan orang, dan simptomnya kabur. Biasanya, perasaan lemah atau keletihan dilaporkan. Sesak nafas dilaporkan dalam kes teruk. Anemia amat teruk memerlukan tindakbalas pengimbal di mana output jantung meningkat dengan jelas, membawa kepada degupan laju (palpitation) dan berpeluh; kegagalan jantung boleh terjadi jika orang yang sudah berumur mengalaminya.
Kulit dan selaput mukosa yang pucat sahaja menjadi tanda utama bagi anemia di tahap berbahaya (severe anemia), dengan itu bukanlah merupakan tanda yang pasti.

Diagnosis

Satu-satu cara mengesan anemia adalah dengan ujian darah. Lazimnya, kiraan darah lengkap boleh dilaksanakan. Selain daripada melaporkan jumlah sel darah merah dan tahap hemoglobin, penganalisis automatik juga boleh mengukur saiz sel darah merah, yakni satu alat penting untuk membezakan sebab-sebabnya.
Kekadangnya, ujian lain diperlu untuk membezakan lagi sebab-sebab anemia. Ini dibincangkan bersama dengan diagnosis pembezaan (bawah). Doktor mungkin juga memutuskan membuat ujian darah penyaringan yang lain untuk menentukan sebab keletihan, tahap-tahap glukosa, kadar pemendapan eritrosit, feritin, ujian fungsi renal serta elektrolit mungkin menjadi sebahagian daripada kajian diagnosis intensif. Tanda-tanda yang senang dikenalpasti bagi pesakit anemia antaranya adalah:
Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata. Tidak bermaya, letih, dan lemah badan. Pendek nafas apabila melakukan senaman.. Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak. Angina pektoris iaitu suatu keadaan apabila berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi. Palpitasi, iaitu suatu keadaan apabila denyutan jantung menjadi cepat dan kuat secara luarbiasa. Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan; dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12. Penyakit demam kuning (jaundis) terjadi bagi kes anemia hemolitik .

Diagnosis pembezaan

Anemia dikelaskan menurut saiz sel darah merah; ini sama ada dilakukan secara automatik atau melalui pemeriksaan mikroskop ke atas lumuran darah periferi (peripheral blood smear). Saiz ini digambarkan dalam min isipadu korpuskel. Sekiranya sel adalah lebih kecil berbanding normal (bawah 80 fl), anemia dikatakan sebagai mikrositik (microcytic); sekiranya ia bersaiz normal (80-100 fl), normositik (normocytic); dan sekiranya ia adalah lebih besar berbanding normal (lebih 100 fl), anemia ini dikelaskan sebagai makrositik (macrocytic). Ciri-ciri lain yang boleh dilihat pada lumuran periferi mungkin memberikan petunjuk untuk diagnosis yang lebih khusus; sebagai contoh, sel darah putih luar biasa mungkin menunjukkan punca dalam sum-sum tulang.

Anemia mikrositik

Kekurangan zat besi merupakan sebab paling kerap untuk anemia jenis ini berlaku. Namun anemia mikrositik juga boleh berlaku kerana penyakit-penyakit darah (hemoglobinopathies) lain seperti anemia sel sabit dan talasemia.
Anemia kerana kekurangan zat besi (ferum) berlaku apabila pengambilan zat besi dalam diet tidak mencukupi, atau penyerapannya tidak berlaku dengan sempurna. Zat besi merupakan elemen penting dalam hemoglobin. Hemoglobin adalah sejenis pigmen yang terkandung dalam sel darah merah. Pigmen ini berfungsi sebagai tempat untuk oksigen berpaut (oxygen-binding site). Apabila kandungan zat besi rendah, kadar hemoglobin dalam sel darah merah juga berkurang. Wanita sering mengalami masalah ini, kerana kadar wanita kepada lelaki yang mempunyai masalah ini adalah 10:1 (sepuluh wanita untuk satu lelaki). Hal ini sering dikaitkan dengan pendarahan teruk (heavy bleeding) yang dialami sesetengah wanita. Kajian menunjukkan pelajar perempuan dengan tahap zat besi yang rendah berprestasi lebih teruk dalam pelajaran dan tahap IQ berbanding gadis normal dan pelajar lelaki. Kekurangan zat besi juga boleh disebabkan pendarahan dalaman, terutama sepanjang saluran alimentari (mulut, esofagus, perut, duodenum, jejunum, ileum, usus besar atau kolon, rektum dan dubur). Walaupun sebabnya berbagai-bagai, pendarahan di mana-mana tempat sepanjang salur ini boleh disebabkan oleh kanser. Oleh itu, tempat dan sebab pendarahan berlaku perlu dikenal pasti dengan tepat oleh doktor bertauliah.

Anemia normositik

Anemia normositik selalunya disebabkan kehilangan darah yang banyak dalam masa yang singkat, seperti yang dialami orang yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya atau orang yang mengelar pergelangan tangannya dalam cubaan membunuh diri. Penyakit yang kronik selalu menyebabkan tubuh gagal menghasilkan sel darah merah yang cukup (berbeza dengan anemia milrositik yang disebabkan kekurangan hemoglobin, bukan sel darah). Sebagai contoh, kegagalan ginjal yang kronik menyebabkan pengurangan kadar rembesan eritropoietin, hormon penting dalam pembinaan sel darah merah. Kerosakan pada hati juga menyebabkan perkara sama terjadi.
Anemia jenis ini juga berlaku kepada pesakit yang mempunyai masalah keseimbangan hormon (hormonal imbalance), terutama kekurangan testosteron atau hipogonadisme. Anemia sideroblastik (sideroblastic anemia) juga termasuk dalam kategori ini. Anemia sideroblastik adalah salah satu simptom untuk sindrom myelodisplastik (myelodysplastic syndrome). Sindrom ini merupakan satu kumpulan masalah yang berpunca dari sintesis sel darah merah yang tidak normal. Sindrom ini selalunya akan menjadi leukemia.
Anemia aplasia, atau kegagalan sum-sum tulang merupakan anemia yang disebabkan oleh kegagalan sum-sum tulang untuk menghasilkan sel darah. Anemia aplasia jarang berlaku jika dibandingkan dengan anemia yang disebabkan kecacatan genetik atau gizi tidak seimbang, namun ia berkembang dan memburuk dengan lebih pantas.

Anemia makrositik

  • Punca utama anemia makrositik adalah kekurangan sama ada vitamin B12 atau asid folik (atau kedua-duanya) akibat kekurangan pengambilan atau masalah penyerapan .[1] Anemia pernisius (pernicious anemia) adalah keadaan autoimun (autoimmune) di mana tubuh kekurangan faktor intrisik yang diperlukan bagi menyerap vitamin B12 daripada makanan.
  • Ketagihan alkohol boleh menyebabkan anemia makrositik.
  • Anemia hemolitik adalah anemia di mana pelupusan atau degradasi (degradation) sel darah merah berlaku terlampau cepat. Jaundis (demam kuning) dan peningkatan tahap enzim laktat dehidrogenase (lactate dehydrogenase) merupakan simptom-simptom anemia hemolitik. Sebabnya berbagai-bagai, antaranya autoimun, masalah genetik ataupun masalah mekanikal seperti pembedahan jantung atau sirosis hati (liver cirrhosis)
Rawatan untuk kekurangan vitamin B12 (yang menyebabkan anemia makrositik) telah dijumpai oleh William Parry Murphy. Beliau melukakan anjing-anjing eksperimen sehingga semuanya menjadi anemia, dan kemudian memberi mereka pelbagai bahan dan zat makanan untuk mencari bahan yang mampu mengubat anemia. Berdasarkan kajian beliau ini, memakan hati mampu mengurangkan simptom dan akhirnya menyembuhkan anemia. George Richards Minot dan George Hoyt Whipple akhirnya berjaya mengasingkan vitamin B12 dari hati. Untuk itu, ketiga-tiga orang ini berkongsi Hadiah Nobel 1934 dalam Perubatan.

Anemia-anemia tertentu

  • Fanconi anemia (anemia fankoni) - a hereditary disease (penyakit keturunan) featuring aplastic anemia(anemia aplasia) and various other abnormalities

Rawatan bagi anemia

Terdapat banyak jenis rawatan bagi anemia dan jenis rawatan bergantung kepada keterukan dan punca anemia.
Kekurangan zat besi akibat kekurangan makanan amat jarang bagi dewasa tidak berhaid (lelaki dan wanita putus haid). Diagnosis kekurangan zat besi menyatakan pencarian bagi potensi punca kehilangan sebegitu seperti perdarahan perut (gastrointestinal) akibat ulser atau barah kolon. Anemia kekurangan zat besi ringan hingga serdahana dirawat dengan tambahan zat besi menggunakan ferous sulfat atau ferrous gluconate. Vitamin C mungkin membantu keupayaan tubuh bagi menyerap zat besi.
Vitamin tambahan diberikan secara oral (asid folik) atau suntikan (vitamin B-12) akan menggantikan kekurangan khusus.
Bagi penyakit anemia kronik, anemia dikaitkan dengan kemoterapi (chemotherapy), atau anemia dikaitkan dengan penyakit ginjal, sesetengah pakar klinikal prescribe [[recombinant protein|recombinant](protein rekombinan)] [[erythropoietin](eritropoietin)], epoetin alfa, bagi menggalakkan penghasilan sel darah merah.
Bagi kes anemia teruk, atau dengan kehilangan darah berterusan, pemindahan darah mungkin diperlukan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

mangga yang punya kritik atau saran tentang blog ini boleh di sampaikan...